How to handle fake news

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 08 September 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu “How to handle Fake News” kepada komuniti setempat. Kursus ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai seramai tiga orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga ke 35 tahun.

Tujuan tayangan video ini diadakan adalah untuk mengingatkan peserta cara – cara untuk menangani berita palsu di internet atau di media sosial. Peserta diingatkan supaya berhati – hati dan tidak mudah percaya kepada berita yang ada di media sosial sekiranya ia datang daripada organisasi atau orang yang tidak boleh dipercayai. Sekiranya mereka ingin tahu berita itu betul dan asli, mereka dapat menyemak di laman web sebenarnya.my.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari tayangan video ini ialah peserta menjadi peka dan lebih berhatI – hati ketika berkongsi maklumat atau berita yang mereka baca di internet dan media sosial. Mereka juga dapat mempraktikkan budaya ini dan menasihati orang terdekat untuk menjadi pengguna internet yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali